.: kenangan..pengalaman..inspirasi :.

"hiduplah umpama lilin,ianya menerangi diri dan orang lain..janganlah umpama duri,ianya menyakiti diri dan orang lain.."

Wednesday, December 3, 2008

Tajul Muluk Dan Rahsia Manusia..


Tajul Muluk

a) TANAH - anak pertama, kelima, kesembilan.

b) AIR - kedua, keenam, kesepuluh

c) API - ketiga, ketujuh, kesebelas

d) ANGIN- keempat, kelapan, keduabelas


WANITA BERUNSUR TANAH


1) Merendah diri,serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban.

2) Tidak cerewet, tidak meninggi diri, tidak sombong dan bukan seorang pemarah.

3) Tenang diri, aman, dan memberi sokongan.

4) Tidak suka membantah atau membangkang.

5) Berwatak manis, lemah lembut, bersih dan sentiasa menjaga kecantikan.


WANITA BERUNSUR AIR


1) Menghidupkan hati pasangan dan pemberi semangat.

2) Mengambil berat.

3) Hatinya bersih dan boleh membahagiakan pasangan.

4) Menenangkan pasangan.

5) Sangat romantis.

6) Mudah menangis.


WANITA BERUNSUR API


1) Cintanya sentiasa hangat dan memberahikan.

2) Cergas, cepat dlm gerak geri dan tangkas menguruskan rumah tangga.

3) Penasihat yang baik.

4) Pandai dan cekap mengurus rumahtangga.

5) Pandai menghias diri agar kelihatan cantik selalu.

6) Berwaspada selalu.


WANITA BERUNSUR ANGIN


1) Lemah lembut dan menenangkan.

2) Pandai bermain kata dan memujuk rayu.

3) Sopan santun dan berbudi pekerti mulia.

4) Bijak mewujudkan suasana selesa.

5) Hati yang cepat berubah ubah.

L.O.V.E

"Love is the master key that opens the gates of happiness."





Betul ke petikan ayat tersebut?Bagi yang sedang dilamun cinta..sedang enak dibuai asmara..hanyut di dunia sementara akan mengiakan kata-kata tersebut. Sebaliknya, jika insan sedang berduka..setelah gagal mempertahankan perhubungan yang telah dibina, dibajai dengan keihlasan dan kejujuran..tapi..pepatah melayu ada mengatakan..kusangka panas hingga ke petang..rupanya hujan di tengahari..sukar untuk ditafsirkan gelodak jiwanya..kemungkinan untuk merelakan dirinya disayangi dan menyayangi insan lain agak sukar ditembusi..seperti insan lain..aku juga begitu..teringin sangat memiliki seorang insan yang saling memahami..dan menerima kekurangan diriku ini..tapi apakan daya..mungkin aku masih belum bertemu teman yang sudah ditakdirkan untuk diriku. Bagaimana dengan kamu?Sudah?Belum?Masih mencari..atau give up untuk memiliki anugerah yang Maha Esa tu?Fikir-fikirkanlh yer..Tepuk dada..tanya selera..Sebetulnya,cinta abadi ialah cinta pada Yang Esa..namun,sebagai manusia yang tandus akan kekuatan iman..akan mudah terjerumus dengan kata hati yang merajai fikiran yang waras..huhu..cam kaunselor plak ek..:)X pelah..setiap orang akan belajar melalui pengalaman masing2 kn?kata orang..pengalaman mematangkan diri kite..dn..pengalaman juga merupakan guru yang paling berkesan..cewah..;) Jangan terus menyalahkan diri atas kesilapan yang telah berlaku..kerana kemungkinan ianya mempunyai hikmah disebaliknya..renung-renungkan..dan selamat beramal..:)hehe..tiru percakapan ustaz hji.Ali..